Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tembak jatuh belon disyaki bagi tujuan perisikan China

Sebuah pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon perisikan China ketika ia terapung di luar pantai South Carolina pada Sabtu (4 Feb).
 

Anggaran Waktu Membaca:
AS tembak jatuh belon disyaki bagi tujuan perisikan China

Sebuah pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon perisikan China ketika ia terapung di luar pantai South Carolina pada 4 Februari 2023. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 05 Feb 2023 09:45AM Dikemas Kini : 05 Feb 2023 09:47AM
WASHINGTON: Sebuah pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon perisikan China ketika ia terapung di luar pantai South Carolina pada Sabtu (4 Feb).

Presiden AS Joe Biden mengucapkan tahniah kepada para juruterbang pejuang kerana menghapuskan belon perisikan tersebut di ruang udara Amerika Syarikat dan di atas perairan wilayahnya selepas ia didapati terbang di dalam wilayah negara itu selama beberapa hari.

"Kami berjaya menggugurkannya dan saya ingin memuji juruterbang kami yang melakukannya," kata beliau.

Encik Biden berkata beliau mengeluarkan satu arahan pada Rabu untuk menghapuskan belon tersebut tetapi Pentagon mencadangkan agar menunggu sehingga ia boleh dilakukan di atas kawasan air terbuka demi melindungi orang awam daripada serpihan yang terhempas ke Bumi.

Tindakan itu diambil pada petang semalam selepas tiga lapangan terbang tenggara Amerika Syarikat ditutup sementara bagi menjalankan apa yang disebut oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan sebagai "usaha keselamatan negara."

Pentagon menyifatkan tindakan Beijing itu sebagai satu "pelanggaran yang tidak boleh diterima" terhadap kedaulatan AS.

Para pegawai Amerika Syarikat pada mulanya enggan menembak jatuh peranti itu kerana bimbang ia boleh mencederakan orang ramai dan merosakkan harta benda.

China sebelum ini meluahkan kekesalan kerana "kapal udara" yang digunakan untuk tujuan kaji cuaca awam dan tujuan saintifik lain tersebut tersasar ke ruang udara AS.

Kementerian Luar China menyatakan pada Sabtu penerbangan "kapal udara" yang tidak disengajakan ke ruang udara AS merupakan "sesuatu yang tidak diduga". Ia menuduh ahli-ahli politik serta media AS mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk memburukkan Beijing.
Sumber : Agensi berita/LL/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan