Skip to main content

Dunia

Tembak anak kandung sebelum bunuh diri

Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya,pada Khamis (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tembak anak kandung sebelum bunuh diri

Gambar hiasan. (Gambar: JOHN MOORE / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 26 Mar 2021 07:48AM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 09:02AM

SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya,pada Khamis (25 Mac).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 petang yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki sudah meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu telah membunuh diri dengan menggunakan pistol pasukan dan kita percaya dia telah menembak anaknya sendiri sebelum itu. Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua mayat," katanya kepada pemberita selepas hadir ke lokasi kejadian semalam.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan namun ia dipercayai berpunca daripada masalah keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita