Teman lelaki wanita disyaki hina Islam ditahan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Media sosial/Twitter
KUALA LUMPUR: Teman lelaki kepada wanita yang disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Ahad (10 Jul).
Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan pada Isnin (11 Jul) berkata lelaki itu direman tiga hari sehingga Rabu (13 Julai) untuk siasatan lanjut.
Encik Noorsiah berkata pihaknya akan membuat permohonan sambung reman terhadap wanita yang ditahan pada Sabtu (9 Jul) lalu bagi siasatan kes sama susulan tempoh reman akan tamat pada Selasa (12 Jul).
Kata beliau, kertas siasatan berhubung kes itu akan segera dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat).
Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, kata beliau.
Sebelum ini, sebuah video sepanjang 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya sudah menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata serta mengundang pelbagai komen netizen.
Perbuatannya itu mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.