Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Teman lelaki 20 tahun bunuh, bakar kekasih hamil di Selangor

Anggaran Waktu Membaca:
SUNGAI BESAR: Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau Isnin lalu (22 Mei).

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala, lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10.00 malam.

Awal dari itu, Supt Agus Salim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8.00 pagi kelmarin (23 Mei).

Menurutnya, hasil tindakan pantas pihaknya, mereka berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sebuah kediaman di sekitar Sungai Besar pada 1.45 tengah hari kelmarin.

“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai telah dibakar sebanyak dua kali bertujuan untuk melupuskan bukti iaitu sekitar 10.00 malam (22 Mei) dan (kelmarin) sekitar 7.00 pagi sebelum ditemukan orang awam,” katanya pada sidang media pada Rabu (24 Mei).

Menurutnya, suspek didakwa memukul, menikam menggunakan pisau dapur dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan keesokan harinya, kembali ke tempat kejadian dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi.

Beliau berkata lelaki itu turut membuang barang bukti termasuk barangan milik mangsa di sekitar Jalan Lama, Kuala Selangor. 

Supt Agus Salim berkata semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau malah kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak tahun lalu dan dipercayai kandungan mangsa berusia sekitar empat bulan.

Menurutnya, suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa yang 60 peratus terbakar berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan