Telur mata lembu raksasa 'masak' bawah terik mentari di merata Brazil jadi amaran gelombang haba
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Reuters
BRAZIL: Siapa sangka, trend masak telur di bawah terik matahari boleh mencetuskan ilham untuk memperluas kesedaran dan memberi amaran kepada orang ramai tentang krisis iklim dunia.
Itulah inspirasi yang diceduk oleh seorang artis Belanda Henk Hofstra bagi satu pamerak unik dipanggil "Art-Eggcident".
Bagi pameran tersebut, Encik Hofstra menempatkan arca 3D telur mata lembu raksasa, yang seolah-olah masak di bawah terik mentari, di lima bandar di Brazil dari 16 September hingga 18 September.
Ia sebahagian daripada pesta yang menggalak kemampanan menerusi karya-karya seni.
Bandar terbesar di Brazil iaitu Sao Paulo mengalami gelombang haba di luar jangkaan di tengah-tengah musim sejuk. Suhu dijangka mencecah 37 darjah Celcius dalam beberapa hari akan datang di bandar terbesar di Brazil iaitu Sao Paulo.

Sumber : Reuters/SF/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.