Televisyen terkecil dunia seperti saiz setem
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani)
AMERIKA SYARIKAT: Dalam dunia di mana peranti dicipta dengan skrin yang lebih besar, sebuah syarikat memutuskan untuk mengambil pendekatan berbeza apabila mencipta televisyen terkecil di dunia.
TinyCircuits, sebuah syarikat elektronik, telah melancarkan dua prototaip baru dalam rangkaian TinyTV, salah satu dengan skrin berukuran 0.6 inci (15 mm), menurut Astro Awani.
TinyTV 2 mempunyai paparan 1.0 inci (26 mm) dan terletak di atas pembesar suara di bahagian hadapan.
Sesuai dengan estetika retro, televisyen comel itu dilengkapi dengan dua tombol untuk melaraskan bunyi dan 'menukar saluran' antara video.
Satu lagi versi, TinyTV Mini, hanya sebesar setem pos, tetapi boleh dihidupkan selama sejam untuk setiap cas.
Projek itu kini menjadi subjek kempen Kickstarter, yang setakat ini sudah mengumpulkan lebih AS$128,640 (S$182,000) lapor Astro Awani.
Pengguna boleh memuat naik video dari komputer atau boleh distrim menggunakan kabel USB-C yang disambungkan ke komputer.
Kedua-dua TinyTV 2 dan TinyTV Mini datang dengan kad mikroSD 8GB, yang masing-masing boleh memuatkan lebih 10 dan 40 jam rakaman pada peranti tersebut.
Pengguna boleh memuatkan filem kegemaran mereka, program atau video TikTok.
TinyTV 2 dan TinyTV Mini boleh dipesan melalui laman web Kickstarter dengan bayaran AS$49 (S$69) seperti dinukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.