Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Telegram enggan beri kerjasama dengan kerajaan M'sia berhubung aduan salah guna platform

Anggaran Waktu Membaca:
Telegram enggan beri kerjasama dengan kerajaan M'sia berhubung aduan salah guna platform

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 27 May 2023 02:40PM Dikemas Kini : 27 May 2023 02:41PM
KUALA LUMPUR: Meskipun sudah dipanggil sejak Januari lalu, namun pihak pengurusan Telegram masih tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan, malah enggan berjumpa sehingga ke hari ini (27 Mei).

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil berkata semua pengurusan platform media sosial seperti Meta, TikTok dan Twitter memberikan kerjasama yang baik, hanya pengurusan Telegram masih gagal berbuat demikian.

Menurutnya, pihak Telegram dipanggil kerana kementeriannya menerima banyak aduan berhubung salah guna platform tersebut termasuk melibatkan penipuan dalam talian, lapor Astro Awani.

“Kebanyakan platform ini memberikan kerjasama. Kita hadapi masalah dengan pihak Telegram walaupun dijemput untuk bertemu, hingga hari ini, enggan memberi kerjasama.

“Kita lihat ini akan jadi isu maka saya telah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meneliti apakah tindakan yang wajar untuk diambil.

“Aduan yang kita terima banyak. Kita tidak lihat ada kesungguhan di pihak Telegram untuk memberikan kerjasama,” katanya.

Tambah Encik Fahmi, aduan terbaru diterimanya adalah daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melibatkan penjualan point untuk doktor menerusi platform berkenaan.

“Jadi kita lihat bukan hanya dalam isu seperti ini tapi saya difahamkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti jualan dadah, sebaran pornografi dan scam (penipuan dalam talian),” ujarnya, lapor Astro Awani.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan