Telatah gajah angkat remaja dengan belalai di Thailand curi perhatian ramai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TikTok/@tiiidoooq
HATYAI: Jika bercuti ke Thailand, sudah tentu pelancong akan pergi ke taman haiwannya yang popular dengan gajah.
Malah, tidak sah kalau tidak bergambar dengan gajah kalau pergi ke Thailand kerana haiwan itu begitu ikonik bagi negara itu.
Bahkan, ada juga aktiviti seperti menunggang gajah yang ditawarkan kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman menaiki gajah. Tetapi, ramai juga yang tidak sampai hati untuk naik kerana berasa simpati terhadap haiwan tersebut.
Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman yang memaparkan seekor gajah mengangkat seorang remaja perempuan menggunakan belalainya, sekali gus mencuri perhatian ramai.
Saksikan video berikut:

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @tiiidoooq di TikTok, kelihatan seorang remaja perempuan sedang bergambar dengan seekor gajah di Hatyai, Thailand, lapor agensi berita Seismik.
Apa yang menarik perhatian adalah pada mulanya dia hanya disuruh memegang belalai gajah saja, tetapi tiba-tiba penjaga taman haiwan itu menyuruhnya memeluk belalai gajah.
Sebaik saja dia berbuat demikian, gajah itu pantas mengangkat remaja itu menggunakan belalainya. Remaja itu malah, dilihat seronok dan sempat bergambar.
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 1.3 juta tontonan dan 118,200 tanda suka di TikTok, menurut Seismik.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.