Teks Amerika-Ukraine boleh jadi asas perjanjian damai pada masa depan: Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis (27 Nov) berkata draf usulan damai yang dibincangkan oleh Amerika Syarikat dan Ukraine boleh menjadi asas kepada perjanjian masa depan untuk menamatkan konflik di Ukraine, namun jika tidak, Rusia akan terus bertempur.
Anggaran Waktu Membaca:
BISHKEK: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis (27 Nov) berkata draf usulan damai yang dibincangkan oleh Amerika Syarikat dan Ukraine boleh menjadi asas kepada perjanjian masa depan untuk menamatkan konflik di Ukraine, namun jika tidak, Rusia akan terus bertempur.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sejak sekian lama berkata beliau mahu menamatkan perang di Ukraine, konflik paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia II, namun usaha beliau setakat ini, termasuk sidang puncak dengan Presiden Putin di Alaska pada Ogos, belum membuahkan hasil.
Satu pelan damai Amerika Syarikat yang mengandungi 28 perkara yang bocor pada minggu lalu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai Ukraine dan Eropah. Ini kerana mereka merasakan bahawa ia tunduk kepada tuntutan utama Mosko berhubung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kawalan Mosko ke atas satu per lima daripada wilayah Ukraine dan sekatan terhadap tentera Ukraine.
Kuasa-kuasa Eropah kemudian mengemukakan cadangan balas bagi perdamaian, dan semasa rundingan di Geneva, Amerika Syarikat dan Ukraine memaklumkan bahawa mereka sudah membentuk “rangka kerja damai yang dikemas kini dan diperincikan” untuk menamatkan perang.
Encik Putin, ketika bercakap di Bishkek selepas satu sidang puncak bersama para pemimpin republik-republik yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Soviet, memberitahu wartawan bahawa perbincangan setakat ini bukan mengenai draf perjanjian tetapi mengenai beberapa isu.
Beliau berkata di Geneva, Amerika Syarikat dan Ukraine bersetuju untuk membahagikan 28 perkara tersebut kepada empat komponen berasingan, dan satu salinan sudah dihantar kepada Mosko.
“Secara umum, kami bersetuju bahawa ini boleh menjadi asas bagi perjanjian masa depan,” kata Encik Putin. “Kami melihat pihak Amerika mengambil kira pendirian kami.”
Encik Putin berkata masih ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan. Jika Eropah mahukan ikrar bahawa ia tidak akan diserang, Rusia sanggup memberi ikrar rasmi sedemikian, katanya, namun beliau menambah ia adalah “mengarut sama sekali” untuk mencadangkan Rusia akan menyerang Eropah.
PILIHANNYA PERANG ATAU DAMAI, KATA PUTIN
Encik Putin menggabungkan kesediaan untuk bekerjasama secara terbuka dengan pentadbiran Encik Trump berhubung kemungkinan pelan damai untuk Ukraine dengan beberapa amaran bahawa Rusia bersedia untuk terus berperang jika perlu dan merampas lebih banyak wilayah Ukraine.
Angkatan Rusia menguasai lebih 19 peratus daripada Ukraine, atau 115,600 kilometer persegi, meningkat satu mata peratusan berbanding dua tahun lalu, dan berhasil mara pada 2025 pada kadar terpantas sejak 2022, berdasarkan peta-peta yang menyokong Ukraine.
Rusia, kata Encik Putin, diberitahu supaya menghentikan pertempuran tetapi memerlukan tentera Kyiv untuk berundur sebelum ia boleh berbuat demikian.
“Angkatan Ukraine mesti berundur dari wilayah yang mereka kuasai, dan kemudian pertempuran akan berhenti. Jika mereka tidak berundur, maka kami akan mencapainya melalui cara ketenteraan. Itu sahaja,” kata Encik Putin.
Encik Putin berkata beliau menganggap kepimpinan Ukraine sebagai tidak sah, dan oleh itu ia adalah mustahil dari segi undang-undang untuk menandatangani perjanjian dengan Kyiv.
Oleh itu, kata beliau, ia adalah penting untuk memastikan mana-mana perjanjian diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, dan masyarakat antarabangsa mengiktiraf pemilikan wilayah Rusia di Ukraine.
“Dengan itu, secara keseluruhan, sudah tentu kami akhirnya mahu mencapai perjanjian dengan Ukraine. Tetapi buat masa ini, ini hampir mustahil. Mustahil dari segi undang-undang,” kata Encik Putin.
Beliau berkata Semenanjung Crimea, yang ditakluki Rusia daripada Ukraine pada 2014, dan wilayah Donbas di timur perlu dijadikan sebagai topik perbincangan dengan Amerika Syarikat.
Utusan khas Encik Trump, Steve Witkoff, merancang untuk melawat Mosko awal minggu depan, kata Encik Putin. Beliau menambah bahawa sekatan Amerika Syarikat terhadap syarikat minyak Rusia adalah sesuatu yang tidak dijangkakan.
Mengulas tentang kebocoran rakaman panggilan antara penasihat kanan Encik Trump dan Encik Putin, ketua Kremlin itu menolak dakwaan bahawa Encik Witkoff menunjukkan berat sebelah terhadap Mosko dalam rundingan damai berhubung Ukraine, menyifatkannya sebagai mengarut.
“Ia adalah mengejutkan jika beliau … menghamburkan kata-kata kesat terhadap kami, bersikap dengan sangat biadab dan kemudian datang untuk membina hubungan dengan kami,” kata Encik Putin mengenai Encik Witkoff, sambil menggambarkannya sebagai seorang pahlawan yang mempertahankan kepentingan Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.