Skip to main content

Dunia

Teknologi bijak pusat bas Makkah pastikan pengangkutan jemaah lancar

Anggaran Waktu Membaca:
Teknologi bijak pusat bas Makkah pastikan pengangkutan jemaah lancar

(Gambar fail: Sam Panthaky/AFP)

Diterbitkan : 19 May 2025 08:30AM Dikemas Kini : 19 May 2025 06:20PM
MAKKAH: Pusat panduan bas Makkah bagi pengangkutan jemaah dari luar negara, yang dilengkapi teknologi pintar terkini, berfungsi dengan cekap untuk mengarahkan bas membawa jemaah ke penginapan mereka di Kota Makkah semasa musim haji 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pusat itu dikendalikan melalui bilik kawalan bersepadu dengan platform pintar Arshidni - atau "bimbing saya" - yang beroperasi bersama platform Nusuk Masar Kementerian Haji dan Umrah.

Sistem ini menyediakan maklumat perjalanan tepat kepada pembimbing untuk bimbingan berkesan, membolehkan komunikasi segera bagi ketibaan tepat pada masanya dan respons pantas terhadap kecemasan.

Pembimbing menggunakan tablet moden untuk kemas kini masa nyata, membolehkan bilik kawalan memantau laluan bas secara langsung, mengesahkan ketibaan dan menguruskan penempatan serta kepulangan pembimbing.

Platform ini juga membolehkan pembimbing melaporkan sebarang isu secara terus, memudahkan campur tangan segera oleh pasukan lapangan, serta mengoptimumkan penugasan pembimbing sambil memantau prestasi mereka secara masa nyata.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita