Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tekak tidak puas jika tidak minum air katira pada bulan Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Bagaikan sudah menjadi kemestian setiap Ramadan, air katira menjadi antara hidangan utama di meja makan semasa berbuka puasa. 

Kerana permintaan yang tinggi daripada para penggemar, tidak hairanlah jika banyak masjid, kedai makan dan bazar Ramadan akan menjual minuman berkenaan. 

Bagi pengusaha air katira di Johor, Norhafizi Abdul Wahab, 44 tahun, kelazatan air katira yang dicampur ramuan semula jadi seperti getah anggur, badam, kurma dan banyak lagi menjadi daya tarikan utama minuman tersebut.

Jelasnya kepada Astro AWANI, air katira turut sarat dengan khasiat yang menyegarkan, sekali gus menjadi faktor mengapa ia menjadi buruan ramai ketika waktu berbuka puasa.

"Air katira begitu popular kerana minuman ini hanya muncul setahun sekali pada bulan Ramadan.

"Tambahan pula, minuman ini juga mempunya nilai 'sentimental Ramadan' yang tinggi khususnya," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Ahad (17 Apr). 

"Air katira ini disifatkan unik kerana ia masih lagi mengekalkan resepi tradisi yang asli dengan penggunaan bahan-bahan utama seperti kismis, kurma, badam, getah anggur dan buah semangkuk.

"Segelintir peniaga air katira lain tidak menggunakan ramuan berkenaan. Sebaliknya, mereka menggunakan cincau dan selasih bagi mengurangkan kos pembuatan.

"Bagaimanapun, perkara sedemikian bukanlah sesuatu yang tidak baik, sebaliknya, terdapat lebih banyak pilihan untuk pelanggan. 

"Dalam pemerhatian saya, ada juga peniaga yang menawarkan berbagai jenis baru katira seperti katira ABC, katira coklat dan lain-lain lagi.

"Ini bermakna minuman itu mengalami transformasi dalam menyesuaikan diri kepada juadah moden," katanya lagi.

Apapun katanya lagi, beliau berharap air katira akan terus masyhur dalam kalangan masyarakat khususnya di Johor.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan