Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967: UNRWA
Tebing Barat yang diduduki kini mengalami krisis kemanusiaan paling buruk sejak 1967, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat (23 Jan), berikutan pemindahan paksa secara besar-besaran dan kemusnahan meluas di kem pelarian akibat operasi ketenteraan Israel.
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Tebing Barat yang diduduki kini mengalami krisis kemanusiaan paling buruk sejak 1967, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat (23 Jan), berikutan pemindahan paksa secara besar-besaran dan kemusnahan meluas di kem pelarian akibat operasi ketenteraan Israel.
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan bahawa Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini berkata seramai 33,000 penduduk kekal dipindahkan secara paksa dari kem pelarian di utara, setahun selepas Israel melancarkan operasi "Iron Wall".
"Pasukan tentera Israel telah merobohkan sebahagian besar kawasan di kem berkenaan, sekali gus mengurangkan peluang komuniti ini untuk pulih," kata Encik Lazzarini dalam satu kenyataan di platform X.
Encik Lazzarini berkata, pasukan UNRWA "sedang membantu pelarian Palestin yang baru dipindahkan yang kini terjerumus ke dalam kancah kemiskinan serta tidak mempunyai alternatif yang berdaya maju untuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan."
Beliau menegaskan, keupayaan agensi itu untuk meneruskan operasi bergantung kepada "sokongan politik dan kewangan berterusan daripada negara-negara anggota."
Sejak melancarkan serangan genosid di Carikan Gaza pada Oktober 2023, Israel memperhebatkan usahanya untuk menguasai Tebing Barat, khususnya melalui perobohan, pemindahan paksa penduduk Palestin dan peluasan penempatan haram, menurut pihak berkuasa Palestin.
Tentera Israel dan peneroka haram sejak itu sudah membunuh sekurang-kurangnya 1,108 rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk di Baitulmakdis Timur selain mencederakan hampir 11,000 orang, manakala 21,000 lagi ditahan.
Secara berasingan, peneroka haram Israel merosakkan sebuah masjid pada Jumaat di utara Tebing Barat, kejadian terbaharu dalam siri serangan terhadap rumah ibadat dan harta benda milik rakyat Palestin.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.