Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Tayang muka' sahaja di kaunter pembayaran dan barangan beli-belah milik anda!

Kaedah beli-belah tanpa menggunakan wang tunai semakin canggih.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2018 06:30PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 11:02PM

BEIJING: Kaedah beli-belah tanpa menggunakan wang tunai semakin canggih.

Di China, terdapat kaedah baru membeli-belah menggunakan raut wajah seseorang.

Tanpa memerlukan khidmat juruwang, para pembeli di pasar raya 7FRESH yang terletak di ibu kota Beijing hanya perlu mengimbas wajah dan tanda harga sesuatu barangan itu sahaja.

Sebuah kamera akan mengimbas wajah pembeli dan memadankannya kepada akaunnya dengan pasar raya itu manakala satu lagi kamera akan mengimbas harga barang.

Setelah memasukkan nombor telefon, bayaran akan dibuat menerusi akaun online pembeli dengan pasar raya itu, lantas urus niaga tamat dalam beberapa saat sahaja.

Pembelian menggunakan kaedah pengenalan wajah itu sedang diuji cuba di pasar raya tersebut.

Kaedah itu dilihat sebagai lebih selamat daripada penggunaan cap jari, imbasan mata atau kata kekunci.

Namun masih ada kemungkinan antara 0.5 hingga satu peratus, sistem pengenalan wajah membuat kesilapan. 

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan