Skip to main content

Dunia

AS tawar sokongan udara tambahan kepada askar Afghanistan bagi tangkis serangan Taliban

Meskipun askarnya sedang diundurkan, Amerika Syarikat akan terus sokong pemerintah Afghanistan menerusi sokongan udara untuk menentang ofensif Taliban, menurut seorang komander Amerika Syarikat yang berkata demikian pada Ahad (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
AS tawar sokongan udara tambahan kepada askar Afghanistan bagi tangkis serangan Taliban

Jeneral McKenzie, yang memimpin Markas Tentera Amerika yang mengawal tentera Amerika Syarikat bagi wilayah-wilayah yang merangkumi Afghanistan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 09:21AM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 09:26AM

KABUL: Amerika Syarikat akan terus melancarkan serangan udara bagi menyokong tentera Afghanistan yang berdepan dengan serangan daripada kumpulan Taliban, menurut seorang komander Amerika Syarikat yang berkata demikian pada Ahad (25 Jul) ketika negara barat itu dan tentera antarabangsa yang lain mengundurkan pasukan tentera masing-masing dari Afghanistan.

Taliban yang meningkatkan serangannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berhasil merampas kawasan luar bandar dan sekitar ibu kota wilayah, setelah Presiden Joe Biden mengumumkan pada April bahawa Amerika Syarikat akan mengundurkan askarnya menjelang September, sekali gus menamatkan kehadiran tentera asing selama 20 tahun di Afghanistan.

"Amerika Syarikat telah meningkatkan serangan udara untuk menyokong pasukan Afghanistan sejak beberapa hari lalu dan kami bersedia untuk meneruskan tahap sokongan yang tinggi ini dalam masa beberapa minggu mendatang jika Taliban meneruskan serangan mereka," kata Jeneral Tentera Laut Kenneth McKenzie semasa satu sidang media di Kabul.

Jeneral McKenzie, yang memimpin Markas Tentera Amerika, yang mengawal tentera Amerika Syarikat bagi wilayah-wilayah yang merangkumi Afghanistan, enggan mengulas sama ada tentera Amerika Syarikat akan meneruskan serangan udara setelah misi tentera tamat pada 31 Ogos.

"Pemerintah Afghanistan menghadapi ujian getir dalam hari-hari mendatang ... Taliban sedang mewujudkan rasa tidak dapat dielakkan mengenai kemenangan mereka," katanya.

Namun beliau menegaskan bahawa kemenangan Taliban belum terjamin dan satu huraian politik berkemungkinan berlaku.

Pemerintah Afghanistan dan perunding Taliban mengadakan pertemuan di Doha, Qatar beberapa minggu yang lalu. Namun sebilangan diplomat berkata tidak banyak kemajuan dicapai sejak rundingan damai dimulakan pada September.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita