Skip to main content

Dunia

Tawar hadiah kepada pengundi, Menteri Perdagangan Jepun letak jawatan

Menteri perdagangan baru Jepun meletakkan jawatan selepas dituduh melanggar undang-undang pilihan raya, dengan menawarkan wang dan hadiah kepada para pengundi, menurut Perdana Menteri, Shinzo Abe hari ini (25 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Tawar hadiah kepada pengundi, Menteri Perdagangan Jepun letak jawatan

Encik Isshu Sugawara. (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 07:58PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 08:02PM

TOKYO: Menteri perdagangan baru Jepun meletakkan jawatan selepas dituduh melanggar undang-undang pilihan raya, dengan menawarkan wang dan hadiah kepada para pengundi, menurut Perdana Menteri, Shinzo Abe hari ini (25 Okt).

Isshu Sugawara menghadapi masalah selepas sebuah majalah melaporkan bahawa dia disyaki membayar 20,000 yen (S$251) kepada sebuah keluarga di kawasan pilihan raya.

Dia juga dilaporkan memberi hadiah kepada para pengundi lain, termasuk buah tembikai dan ketam-ketam yang mahal, lapor agensi berita Kyodo.

Kesemua jumlah hadiah itu walaupun kecil, dianggap melanggar undang-undang pilihan raya Jepun.

Encik Shinzo Abe berkata, Isshu menyerahkan surat peletakan jawatan selepas mesyuarat kabinet dan beliau menerima keputusan berkenaan.

“Saya bertanggungjawab melantik beliau dan dengan ini, meminta maaf setulus hati kepada semua rakyat Jepun,” katanya.

Menurut Encik Shinzo Abe, jawatan disandang Isshu akan digantikan oleh Encik Hiroshi Kajimaya, bekas menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar bandar.

Dalam kenyataan kepada Perdana Menteri dan wartawan, Isshu berkata dia tidak berniat menyebabkan perkara itu berlaku.

Dia dilantik dalam rombakan kabinet baru-baru ini, tetapi tidak terbabit memegang portfolio utama yang bertanggungjawab mengendalikan rundingan bersama Amerika Syarikat.

Tugas berkenaan kekal di bawah seliaan bekas Menteri Perdagangan, Encik Toshimitsu Motegi yang kini menyandang portfolio Menteri Luar.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita