Skip to main content

Dunia

Tawanan dibebaskan di Papua new Guinea selepas diculik seminggu

Anggaran Waktu Membaca:
PORT MORESBY: Seorang rakyat New Zealand dan dua lagi tawanan dibebaskan di Papua New Guinea.

Demikian menurut Perdana Menteri negara itu pada Ahad (26 Feb), setelah mereka ditahan selama seminggu di kawasan pergunungan oleh kumpulan bersenjata.

"Kami mengambil sedikit masa untuk menyelamatkan mereka namun tiga tawanan terakhir itu berjaya dipulangkan," kata Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape dalam satu kenyataan.

Rakyat New Zealand itu, seorang profesor di sebuah universiti di Australia, dan dua rakyat Papua New Guinea dijadikan tawanan di mana mereka diacu senjata pada Ahad lalu.

Kejadian tersebut berlaku di kawasan hutan tebal dan terpencil di negara itu.

Pihak polis berunding dengan penculik yang pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak AS$1 juta (S$1.35 juta). Ia merupakan jumlah yang besar bagi salah satu negara Pasifik termiskin. Mereka kemudian menurunkan jumlah wang tebusan sebelum membatalkan tarikh akhir 24 jam yang ditetapkan.

Encik Marape berkata tawanan tersebut sudah dibebaskan selepas "operasi sulit" dilaksanakan. Beliau juga berkata permintaan wang tebusan tidak dipenuhi, namun beliau tidak memberi penjelasan lanjut.

"Kami memohon maaf kepada keluarga individu-individu yang diawan bagi mendapatkan wang tebusan," kata Encik Marape.

"Kepada penjenayah, tiada keuntungan melakukan jenayah. Kami berterima kasih kepada Tuhan kerana nyawa mereka dilindungi," tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita