Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Yutu badai Filipina

Taufan yang sudah menyebabkan kemusnahan besar-besan di beberapa pulau Pasifik Barat melanda Filipina hari ini (30 Okt), membawa angin kencang dan risiko banjir serta kejadian tanah runtuh di beberapa wilayah utara negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Yutu badai Filipina

Kemusnahan akibat Taufan Yutu di Filipina. (Gambar: Jon Perez/AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 10:15AM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 10:19AM

MANILA: Taufan yang sudah menyebabkan kemusnahan besar-besan di beberapa pulau Pasifik Barat melanda Filipina hari ini (30 Okt), membawa angin kencang dan risiko banjir serta kejadian tanah runtuh di beberapa wilayah utara negara itu.

Menurut agensi kaji cuaca negara PAGASA, dengan angin sekencang 140 kilometer sejam (87 mph) sehingga 230 kilometer sejam, Taufan Yutu membadai pulau besar Luzon, dan sebelum meninggalkan Filipina menjelang petang ini.

Yutu, yang juga dikenali sebagai Rosita oleh penduduk tempatan, adalah taufan ke-18 yang melanda Filipina tahun ini. Bencana alam tersebut berlaku hanya enam minggu selepas taufan Mangkhut mengakibatkan hujan lebat di Luzon dan menyebabkan tanah runtuh yang meragut lebih 70 nyawa.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan harta benda atau kematian dilaporkan.

Rakaman televisyen tempatan menunjukan tiupan angin kencang membongkokkan pokok-pokok, hujan di sana sini serta serpihan berterbangan di jalan raya.

Para penduduk di kawasan pergunungan dan tepi pantai dipindahkan dari rumah mereka semalam (29 Okt), menyusuli amaran yang dikeluarkan mengenai kejadian tanah runtuh dan ombak yang setinggi tiga meter (9.8 kaki).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan