Taufan Yagi bergerak ke Vietnam selepas badai Hainan, China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Nhac NGUYEN)
BEIJING: Taufan Yagi, taufan paling kuat di Asia tahun ini, bergerak ke arah pantai utara Vietnam pada Sabtu (7 Sep) selepas melanda wilayah pulau selatan China, Hainan dengan kilat, hujan dan angin kencang.
Taufan tersebut melanda Hainan pada Jumaat (6 Sep), dengan angin sekencang 234 kilometer sejam, menumbangkan pokok dan membanjiri jalan-jalan raya.
Bekalan elektrik di lebih 800,000 rumah di Hainan juga terputus akibat taufan Yagi.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, namun pulau dengan lebih 10 juta penduduk wilayah China itu terjejas teruk pada Sabtu, dengan semua rangkaian pengangkutan awam tidak berfungsi.
Taufan Yagi terbentuk di laut bahagian timur kepulauan Filipina pada 1 September lalu.
Apabila ia semakin kuat, ia menjadi ribut tropika dan melanda Luzon, pulau yang mempunyai paling ramai penduduk di Filipina, sehingga meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dan mencederakan 13 lain.
Ribut tersebut bertambah kuat lewat minggu ini, yang menjadi taufan tropika paling kuat di dunia tahun ini, selepas taufan Kategori 5, Beryl, di Atlantik, dan yang paling teruk di lembangan Pasifik tahun ini.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.