Taufan Wipha landa Filipina, Vietnam, Laos
Laos, Filipina dan Vietnam berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas Taufan Wipha melanda Asia Tenggara sejak hujung minggu lalu, menimpakan kerosakan pada kediaman, infrastruktur dan mengakibatkan ribuan penduduk berpindah.
Laos, Filipina dan Vietnam berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan Taufan Wipha yang terus melanda Asia Tenggara sejak hujung minggu lepas - merosakkan kediaman, infrastruktur dan mengakibatkan ribuan penduduk berpindah. (Gambar: AP/Huy Han)
- Laos, Filipina dan Vietnam berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas Taufan Wipha melanda Asia Tenggara sejak hujung minggu lalu, menimpakan kerosakan pada kediaman, infrastruktur dan mengakibatkan ribuan penduduk berpindah.
- Laporan harian Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina menunjukkan kira-kira 800,000 orang terjejas akibat ribut tropika itu, lima maut dan tujuh lagi dilaporkan hilang.
- Di Vietnam, Taufan Wipha atau dikenali sebagai Ribut Nombor 3 oleh penduduk tempatan, memasuki Teluk Tonkin di utara pada Isnin, mengancam kawasan pantai di utara dan tengah utara negara itu, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan.
- Kawasan tanah rendah, bandar dan perindustrian di Delta Sungai Merah, Thanh Hoa dan Nghe An terdedah kepada tiupan angin kencang yang boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.
Laporan harian Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina menunjukkan kira-kira 800,000 orang terjejas akibat ribut tropika itu, lima maut dan tujuh lagi dilaporkan hilang.
Bekalan air, perkhidmatan feri, pelabuhan dan lapangan terbang turut terjejas akibat taufan yang membawa hujan lebat dan banjir ke banyak kawasan di negara itu.
Taufan yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “Crising” melanda Cagayan, Luzon, Visayas, Mindanao dan Isabela, manakala kawasan lain turut mengalami hujan lebat, menurut majlis itu.
Di Vietnam, Taufan Wipha atau dikenali sebagai Ribut Nombor 3 oleh penduduk tempatan, memasuki Teluk Tonkin di utara pada Isnin, mengancam kawasan pantai di utara dan tengah utara negara itu, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan.
Kawasan tanah rendah, bandar dan perindustrian di Delta Sungai Merah, Thanh Hoa dan Nghe An terdedah kepada tiupan angin kencang yang boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.
“Hujan berpanjangan selepas taufan dijangka terus menjejas utara Vietnam dan sebahagian utara Laos apabila sistem cuaca itu meluaskan pengaruhnya,” lapor VietnamPlus pada Isnin.
Pihak berkuasa turut diarahkan memantau pelancongan marin, operasi akuakultur dan pergerakan bot di kawasan pantai berisiko tinggi di Vietnam, menurut portal berita dalam talian online itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.