Skip to main content

Dunia

Taufan Shanshan diramal badai Jepun minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Jepun sedang bersiap sedia menghadapi Taufan Shanshan, yang semakin menghampiri pantai timur negara itu pada Isnin (26 Ogos).

Taufan Shanshan dijangka melintasi kawasan pulau Amam pada Rabu, dengan angin kencang sehingga 215km/j sebelum ke arah pulau selatan utama Kyushu.

Pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir, dengan khidmat pengangkutan mungkin terjejas.

Menurut pegawai kaji cuaca, taufan itu kini berada di bahagian selatan Jepun di Lautan Pasifik.

Ia dikatakan semakin bergerak cepat pada kelajuan 30 kilometer sejam.

Pengendali kereta api laju memberi amaran khidmatnya mungkin digantung pada separuh kedua minggu ini.

Laluan utama seperti Tokaido Shinkansen - antara Tokyo dengan Osaka, kemungkinan terjejas sepenuhnya.

Daerah yang terjejas mungkin mengalami hujan lebat dan angin kencang dalam masa beberapa hari akan datang, dan keadaan banjir mungkin berlaku di kawasan rendah.

Taufan Ampil, yang melanda sebelum ini, telah mengganggu khidmat beratus-ratus penerbangan dan kereta api pada bulan ini dan mengakibatkan hujan lebat. Ia bagaimanapun menyebabkan kecederaan serta kerosakan ringan ketika membadai pantai Pasifik melepasi wilayah Tokyo.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita