Skip to main content

Dunia

Taufan Saola badai selatan China selepas melanda Hong Kong

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Saola badai selatan China selepas melanda Hong Kong

(Gambar: Mladen Antonov/AFP)

Diterbitkan : 02 Sep 2023 10:26AM Dikemas Kini : 02 Sep 2023 10:27AM
HONG KONG: Taufan Saola membadai selatan China pada pagi Sabtu (2 Sep) dengan tahap kekuatan yang sudah melemah, namun tetap menimbulkan bahaya. Ia melanda Hong Kong dan memaksa jutaan orang berpindah.

Taufan Saola disifatkan antara yang paling kuat di rantau itu dalam beberapa dekad.

Jutaan orang di merata Hong Kong, Shenzhen dan bandar selatan China bersiap sedia menghadapi ancaman taufan yang dinilai sebagai taufan 'Super'.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China berkata Saola membadai bandar Zhuhai di wilayah Guangdong, China, pada sekitar 3.30 pagi.

Lebih 880 ribu penduduk telah dipindahkan ke dua wilayah kejiranan menjelang ketibaan taufan Saola.

Ratusan penerbangan serantau dibatalkan dan dan pokok-pokok tumbang di sekitar jalan-jalan yang dilanda hujan di Hong Kong.

Jabatan kaji cuaca China itu menjangkakan taufan itu sebagai yang paling dahsyat pernah melanda Lanar Sungai Pearl sejak 1949.

Kawasan tanah rendah itu merangkumi Hong Kong, Macau dan sebahagian besar wilayah Guangdong.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita