Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Noul: Vietnam pindahkan 500,000 penduduk

Vietnam sedang bersiap sedia memindahkan sehingga 500,000 penduduk sedang ribut taufan Noul diramal membadai negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Noul: Vietnam pindahkan 500,000 penduduk
Diterbitkan : 17 Sep 2020 03:58PM Dikemas Kini : 17 Sep 2020 07:17PM

HANOI: Vietnam sedang bersiap sedia memindahkan sehingga 500,000 penduduk sedang ribut taufan Noul diramal membadai negara itu.

Ribut itu juga dijangka akan mengakibatkan insiden tanah runtuh di kawasan tengah Vietnam.

Pihak berkuasa Vietnam menyatakan ribut itu akan melanda semasa air pasang.

Vietnam mungkin mengalami angin kencang dan hujan lebat di beberapa kawasan di bahagian tengah negara itu pada hari-hari mendatang.

Pihak berkuasa juga memberi amaran hujan lebat mungkin mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Ribut sekencang sehingga 135 kilometer sejam di Laut China Selatan dan diramalkan menjejas juga Laos dan Thailand.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan