Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Molave membadai Vietnam; 2 maut, 26 hilang

Dua orang disahkan mati dan 26 nelayan hilang di laut apabila bot mereka tenggelam dibadai Taufan Molave pada Rabu (28 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Molave membadai Vietnam; 2 maut, 26 hilang

(Gambar: Vo Van Dung/VNA via AP)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 04:50PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 04:55PM

HANOI: Dua orang disahkan mati dan 26 nelayan hilang di laut apabila bot mereka tenggelam dibadai Taufan Molave pada Rabu (28 Okt).

Molave melanda bahagian darat pantai selatan dan tengah Vietnam siang tadi dengan angin sekencang 135 kilometer sejam.

Ia merupakan taufan terkuat melanda Vietnam dalam masa 20 tahun.

Menjelang ketibaan Molave,lebih setengah juta penduduk dipindahkan manakala wilayah-wilayah yang diramalkan berada di laluannya telah menutup pejabat-pejabat, kilang dan sekolah serta meminta penduduk tidak keluar rumah.

Lima lapangan terbang juga ditutup dan lebih 200 penerbangan dibatalkan.

Selain itu perkhidmatan kereta api digantung sehinggalah taufan tersebut sudah berlalu. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan