Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Mocha: PBB gesa junta Myanmar buka sempadan kepada bantuan

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (24 Mei) menggesa Myanmar supaya membuka sempadannya dan memastikan bantuan bagi menyelamatkan nyawa boleh sampai ke bahagian-bahagian negara itu, yang dilanda Taufan Mocha.

Ketua Hak Asasi Kemanusiaan PBB Volker Turk menggesa pemimpin tentera Myanmar supaya membolehkan penilaian keperluan dibuat sedang negara Asia Tenggara itu dibelenggu kesan taufan tersebut.

Taufan Mocha membadai dengan membawa hujan dan angin kencang 195 kilometer sejam ke Myanmar dan negara jiran Bangladesh pada 14 Mei, meranapkan bangunan-bangunan manakala jalan-jalan raya menjadi sungai.

"Kerosakan dan kehilangan nyawa kedua-duanya dijangka dan tidak dapat dielakkan - dan jelas berkait dengan penolakan sistemik hak asas manusia," Encik Turk memberitahu sidang media di Geneva.

"Penting untuk tentera menarik balik sekatan-sekatan perjalanan, membolehkan penilaian keperluan dilakukan dan memastikan terdapat akses bagi penghantaran bantuan dan khidmat menyelamatkan nyawa."

Junta Myanmar menyatakan bahawa angka kematian akibat taufan tersebut ialah 148 orang, yang kebanyakannya daripada golongan minoriti Rohingya yang ditindas di wilayah barat Rakhine.

"Selama berdekad-dfekad, pihak berkuasa di Myanmar menyekat golongan Rohingya daripada hak dan kebebasan mereka dan bertubi-tubi menyerang kumpulan-kumpulan etnik lain, menyukarkan mereka untuk terus hidup," tegas Encik Turk.

Rakhine merupakan tempat tinggal bagi ratusan ribu golongan Rohingya yang kebanyakannya menetap di kem-kem pemindahan menyusuli konflik etnik berdekad lamanya.

Pada Selasa (23 Mei), PBB melancarkan rayuan bagi dana kecemasan sebanyak US$333 juta (S$449 juta) bagi 1.6 juta orang, yang menurutnya terjejas oleh Taufan Mocha di Myanmar.
Sumber : AFP/NK/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan