Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Mocha: ASEAN hantar bantuan kemanusiaan ke Myanmar esok

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Bantuan pertama tindak balas kecemasan ASEAN ke Myanmar susulan Siklon Mocha akan dihantar pada Ahad (21 Mei) menggunakan pesawat komersil, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Kementerian itu dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa bantuan sudahpun siap dan berada di gudang Sistem Logistik Kecemasan Bencana untuk ASEAN di Subang, Malaysia dan Chainat, Thailand.

“Bantuan seterusnya akan dihantar pada 22 Mei atau 23 Mei menggunakan pesawat tentera dari Indonesia, Singapura dan Thailand,” menurut kementerian.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) dan perwakilan Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura dan Thailand di Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ASEAN-ERAT) serta Sekreteriat ASEAN telah tiba di Myanmar untuk menyokong usaha tindak balas kecemasan.

Mereka juga sedang mengumpul maklumat di lapangan dan membantu mempermudah proses bantuan, menurut kementerian.

Lebih 400 orang dilaporkan maut di Rakhine, Myanmar pada Rabu lalu akibat Taufan Mocha, yang melanda kawasan pantai antara daerah Cox’s Bazar di Bangladesh dan pekan Kyaukpyu Myanmar.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan