Skip to main content

Dunia

Taufan Mocha: Angka kematian naik kepada 81 di Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:

BU MA: Angka kematian di Myanmar yang dilanda taufan melonjak kepada 81 pada Selasa (16 Mei), menurut pemimpin tempatan, para pegawai dan media tempatan.

Ini sedang para penduduk cuba memasang kembali rumah yang roboh dan menunggu bantuan dan sokongan tiba.

Taufan Mocha melanda pada Ahad (14 Mei) dengan kelajuan angin sehingga 195 kilometer sejam. Ia mengakibatkan tiang kuasa elektrik tumbang dan menghancurkan bot nelayan hingga berkecai.

Sekurang-kurangnya 46 orang maut di kampung Bu Ma di wilayah Rakhine serta Khaung Doke Kar yang berdekatan. Ia didiami oleh masyarakat minoriti Islam Rohingya yang ditindas, pemimpin tempatan memberitahu wartawan AFP di tempat kejadian.

Tiga belas orang terbunuh apabila sebuah biara runtuh di sebuah kampung di Rathedaung, utara ibu kota Rakhine, Sittwe. Seorang wanita maut apabila sebuah bangunan runtuh di sebuah kampung berhampiran, menurut televisyen negara Myanmar MRTV.

"Akan berlakunya lebih banyak kematian, sedang lebih seratus orang hilang," kata Encik Karlo, pemimpin kampung Bu Ma, berdekatan Sittwe.

Sembilan orang maut di kem Dapaing yang ditujukan buat pelarian Rohingya berdekatanSittwe, kata pemimpinnya kepada AFP. Mereka menambah bahawa kem tersebut terputus dan kekurangan bekalan.

Satu orang maut di kampung Ohn Taw Chay dan enam lagi di Ohn Taw Gyi, kata pemimpin tempatan dan pihak pegawai kepada AFP.

China menyatakan ia "sedia menawarkan bantuan kecemasan bencana," menurut kenyataan di akaun Facebook kedutaannya di Myanmar.

"TIADA SESIAPA YANG BANTU"

Pejabat pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ia sedang menyiasat laporan tentang pelarian Rohingya yang menetap di kem pelarian terbunuh akibat taufan tersebut.

Di negara jiran Bangladesh, para pegawai memberitahu AFP bahawa tiada orang terkorban akibat taufan.

Taufan itu lalu berhampiran kem pelarian yang menempatkan hampir sejuta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar pada 2017.

Pada Selasa (16 Mei), komunikasi mula disambung semula dengan Sittwe, yang mempunyai 150,000 penduduk, kata wartawan AFP.

Jalan dibersihkan dan talian internet dihubungkan semula.

Penduduk Rohingnya memberitahu AFP bahawa mereka masih belum menerima sebarang bantuan.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita