Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Mindulle badai Jepun,14 cedera

Sekurang-kurangnya 14 orang cedera akibat Taufan Mindulle yang membadai Jepun, menurut laporan media pada Sabtu (2 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Mindulle badai Jepun,14 cedera

Orang ramai berjalan dalam hujan lebat dan angin kencang di Tokyo pada 1 Okt 2021. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 02 Oct 2021 01:41PM Dikemas Kini : 02 Oct 2021 01:49PM

TOKYO: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera akibat Taufan Mindulle yang membadai Jepun, menurut laporan media pada Sabtu (2 Okt).

Sebanyak 10 orang cedera di wilayah Kanagawa dan empat lagi di wilayah Ibaraki, lapor Sputnik memetik penyiar NHK. 

Mindulle turut menyebabkan beberapa rumah rosak dan dinaiki air berikutan banjir. 

Taufan kini bergerak di sepanjang pantai timur laut negara ini. Tekanan udara adalah 970 hectopascals, dan kelajuan angin  35 meter per saat dengan tiupan angin hingga 50 meter per saat.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan