Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Maysak badai Korea Selatan, 1 kematian dilaporkan

Taufan Maysak, taufan kesembilan musim ini, membadai Korea Selatan pada Khamis (3 Sep), meragut satu nyawa selain menyebabkan gangguan perkhidmatan penerbangan serta lalu lintas di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Maysak badai Korea Selatan, 1 kematian dilaporkan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2020 11:50AM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 11:53AM

SEOUL: Taufan Maysak, taufan kesembilan musim ini, membadai Korea Selatan pada Khamis (3 Sep), meragut satu nyawa selain menyebabkan gangguan perkhidmatan penerbangan serta lalu lintas di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ribut tropika itu bergerak ke arah timur laut selepas mendarat di Laut Timur pada pukul 6.30 pagi, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA). Maksimum kelajuan angin ialah 140 kilometer sejam. 

Taufan Maysak yang membawa angin kencang dan hujan lebat turut menyebabkan 22 penduduk di Gangwon, Jeju, wilayah selatan Gyeongsang dan Busan terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka musnah.

Satu kematian dilaporkan melibatkan seorang warga emas yang tinggal di bandar pelabuhan tenggara Busan.

Lebih 2,200 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sebagai langkah berjaga-jaga, kata Pusat Keselamatan dan Pencegahan Bencana.

Sementara itu, dilaporkan lebih 800 kemudahan, kenderaan dan harta benda lain musnah.

Operasi loji nuklear Shin-Kori 4 digantung sementara akibat gangguan bekalan tenaga namun, tiada kebocoran nuklear dilaporkan.

Sekitar 200,000 isi rumah, kebanyakannya di wilayah pesisir selatan dan timur turut dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik. 

Sebanyak 92 penerbangan domestik ditangguhkan pada pukul 9.00 pagi, ketika amaran angin kencang dan taufan dikeluarkan termasuk di Gimpo, Incheon dan Jeju.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan