Taufan Matmo ragut 8 nyawa di Vietnam
Hujan lebat dan banjir yang dicetuskan Taufan Matmo mengorbankan lapan orang dan mencederakan lima yang lain di Vietnam, menurut Penguasa Pengurusan Bencana dan Daik negara itu pada Rabu (8 Okt), lapor Xinhua.
Lebih 15,700 rumah dilanda banjir, manakala lebih 14,600 hektar tanaman padi dan hasil pertanian lain turut ditenggelami air. (Gambar: AP)
HANOI: Hujan lebat dan banjir yang dicetuskan Taufan Matmo mengorbankan lapan orang dan mencederakan lima yang lain di Vietnam, menurut Penguasa Pengurusan Bencana dan Daik negara itu pada Rabu (8 Okt), lapor Xinhua.
Lebih 15,700 rumah dilanda banjir dan lebih 400 lagi rosak, manakala lebih 14,600 hektar tanaman padi dan hasil pertanian lain turut ditenggelami air, menurut agensi berkenaan.
Selain itu, lebih 97,000 ternakan dan ayam itik dilaporkan mati atau dihanyutkan air, sementara banjir, tanah runtuh dan gangguan lalu lintas berlaku di 602 lokasi di wilayah pergunungan utara Vietnam, serta kawasan utara-tengah negara tersebut.
Pada Selasa (7 Oct), Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengeluarkan arahan segera supaya usaha dipertingkat untuk mencegah banjir kilat dan tanah runtuh serta memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan terjejas, menurut laporan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.