Skip to main content

Dunia

Taufan Mangkhut sekencang 160km sejam diramal landa AS

Kawasan pantai Pasifik barat Amerika dilanda taufan Mangkhut dengan angin sekencang 160 kilometer sejam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Sep 2018 08:08PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 09:13PM

AMERIKA SYARIKAT: Kawasan pantai Pasifik barat Amerika dilanda taufan Mangkhut dengan angin sekencang 160 kilometer sejam.

Ratusan penduduk dipindahkan sementara bangunan-bangunan dan tempat kediaman terputus bekalan elekrik.

Sejauh ini belum ada laporan tentang kecederaan atau kemusnahan teruk di pulau-pulau berdekatan.

Taufan itu kini dikesan bergerak ke Laut China Selatan, menuju ke arah Filipina.

Ia dijangka membadai Pulau Luzon Sabtu ini dengan angin sekencang 200 kilometer sejam.

Para penduduk diberi amaran supaya bersiap menghadapi banjir besar dan tanah runtuh.

Penduduk Hong Kong juga diberi amaran tentang ketibaan taufan Mangkhut yang lebih kuat dan ganas pada hujung minggu ini.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita