Skip to main content

Dunia

Taufan Man-Yi melemah sedang ia landa Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Man-Yi melemah sedang ia landa Filipina

(Gambar: AFP/ Marissa Cueva Alejandro)

MANILA: Taufan Man-Yi yang dahsyat melanda pulau utama Filipina, Luzon, pada Ahad (17 Nov).

Hujan lebat turun di ibu kota Manila, selepas lebih sejuta orang berpindah dan bangunan di beberapa kawasan mengalami kerosakan.

Dengan angin selaju 180 kilometer sejam, taufan tersebut mula melemah sedikit selepas melanda bandar Panganiban di wilayah Catanduanes pada malam Sabtu (16 Nov), dan tiba di perairan wilayah Camarines Norte pada pukul 8.00 pagi, kata pegawai ramalan cuaca.


Meskipun penduduk diarah berpindah, tiada kematian dilaporkan, dengan angin kencang memusnahkan rumah, sekolah dan bangunan komersil di Catanduanes, kata ketua pertahanan awam Ariel Nepomuceno kepada Reuters.

Taufan Man-Yi, yang merupakan ribut tropikal keenam untuk melanda Filipina, sedang bergerak ke arah selatan dan tengah Luzon.


"Taufan ini akan melemah dengan ketara ketika ia merentasi Luzon hari ini," lapor agensi cuaca nasinal PAGASA dalam satu kenyataan.

Amaran ribut tertinggi juga diisytiharkan di bahagian timur pulau Polillo dan Calaguas.

Angin menjadi lemah di bandar Catanduanes, Virac, dan hujan kini turun renyai-renyai, yang membolehkan sebahagian daripada mereka yang mencari perlindungan pulang ke rumah, kata pegawai bencana wilayah Roberto Monterola kepada radio DZBB.

Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita