Skip to main content

Dunia

Taufan Krathon ragut 5 nyawa di utara Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Lima orang terkorban selepas Taufan Krathon melanda utara Filipina, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan agensi bencana negara itu pada Jumaat (4 Okt).

Seramai empat mangsa maut di wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.

Angin kencang dan hujan lebat melanda wilayah pulau Batanes, wilayah Ilocos, kawasan pergunungan Cordillera, dan Lembah Cagayan sehingga menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Beratus-ratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan mencari tempat perlindungan.

Kerosakan infrastruktur dianggarkan melebihi 700 juta peso (AS$12.7 juta), manakala kerugian pertanian melebihi 300 juta peso.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita