Skip to main content

Dunia

Taufan Kong-rey: 2 maut, lebih 500 cedera di Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Kong-rey: 2 maut, lebih 500 cedera di Taiwan

Taufan Kong-rey di Taipei, Taiwan pada 1 Nov 2024. (Gambar: AP/Chiang Ying-ying)

TAIPEI: Taufan Kong-rey yang melanda Taiwan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kematian manakala lebih 500 cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC) pada Jumaat (1 Nov).

Taufan yang membawa angin kencang serta hujan lebat meninggalkan pulau itu pada Khamis dan amaran taufan ditarik balik pada Jumaat.

Namun, satu lagi kematian dilaporkan di Taipei apabila sebatang pokok di Daerah Neihu tumbang lalu menghempap dan meragut nyawa seorang penunggang motosikal berusia 48 tahun.

Seramai 515 orang dilaporkan cedera, sementara lebih 11,588 penduduk di kawasan berisiko terpaksa dipindahkan, menurut CEOC.

Pusat itu juga melaporkan lebih 1,429 insiden seperti pokok tumbang, aliran lumpur, dan kerosakan jalan di seluruh pulau.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita