Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan kencang badai selatan Jepun, ribuan dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Taufan membadai kawasan selatan Jepun pada Ahad (18 Sep), dengan angin kencang dan hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik terputus, menghentikan pengangkutan darat dan udara serta menyebabkan ribuan orang dipindahkan.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan bahawa Taufan Nanmadol itu menghala ke arah utara selepas membadai bandar Kagoshima di pulau utama Kyushu. Ia membawa angin maksimum sepantas 162 kilometer sejam dan diramal akan tiba di Tokyo pada Selasa (20 Sep).

Agensi cuaca meramalkan sebanyak 50 sentimeter hujan akan turun pada Isnin petang dan memberi amaran banjir serta tanah runtuh. Ia juga memberitahu penduduk di kawasan yang terjejas tentang angin kencang yang "tidak pernah dilihat sebelum ini" dan menggesa mereka supaya segera berpindah ke kawasan lain.

Ribut dan amaran gelombang tinggi juga dilaporkan di Kagoshima, di mana penduduk diarahkan duduk dalam bangunan stabil di tingkat dua ke atas kerana dianggap sebagai pilihan yang lebih selamat daripada pergi ke pusat pemindahan.

Lebih 12,000 orang mendapat perlindungan di pusat pemindahan. Di wilayah Miyazaki, sekitar 8,000 orang meninggalkan rumah mereka.

Pegawai tempatan menyatakan beberapa orang cedera. Di bandar Kushima di Miyazaki, seorang wanita cedera akibat serpihan kaca apabila angin kuat memecahkan tingkap sebuah gimnasium. Stesen televisyen NHK melaporkan 15 mangsa cedera, menurut laporan mereka.

Gangguan bekalan elektrik juga menjejas kawasan Kyushu apabila taufan merosakkan talian elektrik dan kemudahan-kemudahan sedang ia menghala ke utara. Menjelang Ahad malam, 216,450 rumah tidak terputus bekalan elektrik, menurut Kyushu Electric Power Co.

Ratusan penerbangan tempatan dibatalkan dan lebih banyak lagi akan dibatalkan di kawasan barat Jepun apabila taufan menuju ke timur laut, menurut Japan Airlines dan All Nippon Airways.

Pengangkutan awam termasuk kereta api dan bas di beberapa tempat di pulau Kyushu digantung pada Ahad. Pengendali kereta api menyatakan bahawa kereta api laju juga digantung di Kyushu dan dijangka lebih banyak lagi akan digantung di kawasan barat daya.
 
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan