Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Hanna badai teruk wilayah Texas; kawasan terjejas teruk COVID-19

Taufan Hanna membadai teruk wilayah Texas, Amerika Syarikat, pada Sabtu (25 Jul) sehingga merosakkan jeti-jeti di pelabuhan dan juga rumah-rumah penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Hanna badai teruk wilayah Texas; kawasan terjejas teruk COVID-19

Imej satelit menunjukkan Taufan Hana di Teluk Mexico dan menghampiri pantai Texas, Amerika Syarikat, pada 25 Jul 2020. (Gambar: REUTERS/NOAA)

Diterbitkan : 26 Jul 2020 09:52PM Dikemas Kini : 26 Jul 2020 09:54PM

HOUSTON: Taufan Hanna membadai teruk wilayah Texas, Amerika Syarikat, pada Sabtu (25 Jul) sehingga merosakkan jeti-jeti di pelabuhan dan juga rumah-rumah penduduk.

Taufan tersebut juga melanda di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang menjejas ramai penduduk Texas.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di beberapa bahagian Texas.

Gabenor Texas Greg Abbott mengisytiharkan keadaan darurat bagi 32 kawasan sambil memberi amaran bahawa Taufan Hanna berpotensi memburukkan lagi pandemik COVID-19.

Pada petang Sabtu, taufan itu terletak kira-kira 115 kilometer (km) di selatan Corpus Christi, Texas, dengan angin maksimum sekencang 145km sejam, menurut Pusat Taufan Nasional (NHC).

Hanna adalah taufan pertama musim Atlantik 2020 dan melanda ketika wabak virus korona menyulitkan segalanya, dari soal menjaga jarak sosial di tempat perlindungan kecemasan hingga mencari ruang katil bagi mangsa cedera dalam ribut tersebut di hospital yang sudahpun sesak dengan pesakit COVID-19.

Sumber : Reuters/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan