Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Gabrielle landa New Zealand, 15,000 penduduk terputus bekalan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
MOSCOW: Sekitar 15,000 penduduk mengalami gangguan bekalan elektrik di Auckland, bandar utara New Zealand akibat taufan Gabrielle, menurut syarikat tenaga tempatan Vector pada Ahaf (12 Feb).

"Taufan Gabrielle mengakibatkan gangguan bekalan elektrik yang meluas, terutamanya di seluruh utara Auckland. Pekerja kami memberi tindakan secepat mungkin.

"Sehingga pukul 7.00 malam (06:00 GMT), kira-kira 15,000 pelanggan terputus bekalan elektrik," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Firma itu menambah, disebabkan keadaan cuaca bertambah buruk, gangguan bekalan elektrik dijangka berterusan sehingga Isnin, lapor Sputnik.

Pengurusan Kecemasan Auckland menggesa orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kesan akibat gangguan bekalan elektrik besar-besaran termasuk menyimpan stok makanan, bateri, selimut, dan pakaian tebal, serta mengikuti perkembangan di radio.
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan