Taufan Florence: Arahan pemindahan diperluaskan
Taufan Florence diturunkan kepada kategori dua. Namun, angin sekencang 190 kilometer sejam masih menimbulkan ancaman ke atas kawasan pesisiran pantai timur Amerika termasuk selatan Georgia dan Virginia.
AMERIKA SYARIKAT: Taufan Florence diturunkan kepada kategori dua. Namun, angin sekencang 190 kilometer sejam masih menimbulkan ancaman ke atas kawasan pesisiran pantai timur Amerika termasuk selatan Georgia dan Virginia.
Taufan Florence dijangka mendarat di tiga negeri pantai timur petang esok (14 Sep), menyebabkan banjir besar.
Para penduduk sibuk membeli dan menyimpan barang-barang keperluan sedang pihak berkuasa memberi amaran serangan taufan Florence dijangka paling kuat dalam masa tiga dekad.
"Tolong, tolonglah, tinggalkan rumah anda sekarang. Anda boleh menyelamatkan diri dengan menjauhi kawasan-kawasan yang akan dibadai taufan berbahaya ini," gesa Datuk Bandar Mount Pleasant Will Haynie.
Lebih 1.5 juta orang penduduk sudah dipindahkan, kebanyakannya menuju ke kawasan-kawasan pedalaman, jauh dari kawasan pantai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.