Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India dan Sri Lanka
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/R.Satish BABU)
NEW DELHI: Taufan Fengal meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa di India dan Sri Lanka, serta menyebabkan banjir di wilayah Tamil Nadu dan Puducherry, selepas taufan itu melintas pantai selatan India dari Teluk Benggala pada Sabtu (30 Nov).
Puducherry dilanda hujan 24 jam paling lebat dalam tempoh 30 tahun, menurut pejabat kaji cuaca India melalui catatan media sosial pada Ahad.
Taufan tersebut menyebabkan sebahagian daripada bandar selatan Chennai ditenggelami air.
Penerbangan dari bandar tersebut digantung buat sementara waktu pada Sabtu, namun ia disambung semula pada pagi Ahad, dedah pihak berkuasa lapangan terbang India.
Rakaman video di media sosial menunjukkan angin kencang dan hujan lebat, dengan jalan raya ditenggelami air, serta bot digunakan untuk menyelamatkan orang ramai.
Tentera India menjalankan operasi bantuan di Puducherry bagi mereka yang terjejas dengan taufan, sedang hujan di Chennai reda.
Menurut data terkini daripada Pusat Pengurusan Bencana di Colombo, 16 orang terkorban di Sri Lanka, dengan hujan lebat menjejas sebanyak 138,944 keluarga.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.