Taufan Doksuri landa selatan Taiwan sedang China siap sedia hadapi tanah runtuh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Zeng Demeng/Xinhua)
TAIPEI: Taufan Doksuri menumbangkan pokok dan memutuskan bekalan elektrik ke ratusan ribu rumah di selatan Taiwan.
Ini sekali gus menyebabkan pihak berkuasa untuk menutup perniagaan buat hari kedua dan memberi amaran terhadap angin kencang sedang ribut itu menuju tenggara China pada Jumaat (28 Jul).
Setakat pukul 7.15 pagi waktu tempatan, Taufan Doksuri, yang dikategorikan sebagai taufan kedua paling dahsyat oleh biro cuaca taiwan, menuju ke wilayah tenggara China, Fujian, selepas menyeberangi Selat Taiwan dengan kelajuan maksimum 191 kilometer sejam.
Perniagaan dan sekolah ditutup buat hari kedua di wilayah selatan Taiwan, termasuk bandar pelabuhan utama Kaohsiung sedang amaran tanah runtuh dan banjir dikeluarkan.
Amaran "angin taufan" dikeluarkan di pulau Taiwan, Penghu dan Kinmen, di mana penduduk diberi amaran untuk bersedia menghadapi tiupan angin dengan kelajuan lebih dari 155 kilometer sejam.
Ribut tersebut memutuskan bekalan elektrik dari lebih 186,000 rumah merata Taiwan dan menumbangkan ratusan pokok di Kaohsiung.
Curahan hujan lebih dari 1 meter dicatat di kawasan pergunungan di bahagian timur dan selatan pulau itu.
Lebih 300 penerbangan domestik dan antarabangsa digantung manakala perkhidmatan kereta api antara bahagian selatan dengan timur Taiwan dihentikan.
Sebuah feri karam berhampiran ibu kota Filipina, Manila, selepas para penumpang yang terkejut oleh angin kencang, berkumpul di satu bahagian kapal, menyebabkannya terbalik.

BACA: 23 maut akibat kapal terbalik berhampiran ibu kota Filipina
Seramai 36 nyawa terkorban minggu ini semasa Taufan Doksuri melanda utara Filipina.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.