Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Chanthu badai Jepun; 5 cedera 49 penerbangan dibatal

Taufan Chanthu yang membadai Jepun menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera selain 49 penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media pada Sabtu (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Chanthu badai Jepun; 5 cedera 49 penerbangan dibatal

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 18 Sep 2021 04:23PM Dikemas Kini : 18 Sep 2021 04:30PM

TOKYO: Taufan Chanthu yang membadai Jepun menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera selain 49 penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media pada Sabtu (18 Sep).

Penerbangan yang dibatalkan itu membabitkan pulau Shikoku dan Kyushu, di wilayah barat daya Jepun, lapor Agensi Berita Sputnik memetik NHK News.

Mangsa yang cedera pula dilaporkan di wilayah Nagasaki, Fukuoka, dan Saga.

Chanthu kini bergerak ke timur di pantai Pasifik Jepun dengan tiupan angin mencecah 30 meter per saat.

Sumber : Bernama/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan