Skip to main content

Dunia

Taufan Chan-hom landa timur Jepun, lebih 19,000 isi rumah terputus bekalan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Chan-hom landa timur Jepun, lebih 19,000 isi rumah terputus bekalan elektrik

Ombak besar akibat Taufan Chan-hom melanda kawasan berhampiran pantai di Oarai, wilayah Ibaraki, Jepun, pada 11 Ogos 2026. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 12 Aug 2026 09:39AM
  • Taufan Chan-hom melanda wilayah Ibaraki di timur Jepun pada 11 Ogos, menyebabkan amaran cuaca dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  • Agensi Meteorologi Jepun melaporkan taufan ini bergerak dari timur ke barat dan merupakan yang pertama melanda Ibaraki sejak 1951.
  • Hujan lebat dan angin kencang diramalkan di beberapa wilayah termasuk Kanto, Tohoku, Tokai, dan Kinki sehingga 12 Ogos.
  • Lebih 19,000 isi rumah di wilayah Kanto, terutamanya di Ibaraki, mengalami gangguan bekalan elektrik akibat taufan tersebut.
Dijana oleh AI
TOKYO: Taufan Chan-hom melanda wilayah Ibaraki di timur Jepun pada malam Selasa (11 Ogos), sedang pihak berkuasa menggesa orang ramai berwaspada terhadap angin kencang, ombak besar dan hujan lebat, lapor Xinhua.

Chan-hom, yang bergerak dalam arah luar biasa dari timur ke barat, merupakan taufan pertama melanda wilayah Ibaraki di timur laut Tokyo sejak rekod mula disimpan pada 1951, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Taufan ke-15 tahun ini dijangka bergerak ke barat Jepun sebelum melemah menjadi lekukan tropika menjelang awal petang Rabu (12 Ogos), menurut JMA.

Pegawai meteorologi meramalkan hujan sehingga 180 milimeter di wilayah Kanto-Koshin dan 150 milimeter di wilayah Tohoku di timur laut Jepun.

Hujan sehingga 120 milimeter pula diramalkan di wilayah Tokai di tengah Jepun dan 80 milimeter di wilayah Kinki di barat negara itu dalam tempoh 24 jam sehingga 6.00 petang Rabu (12 Ogos).

Sementara itu, lebih 19,000 isi rumah di wilayah Kanto terputus bekalan elektrik akibat Taufan Chan-hom, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti yang memetik data syarikat tenaga TEPCO.

Setakat 1.43 tengah hari GMT, 17,830 isi rumah di wilayah Ibaraki mengalami gangguan bekalan elektrik.

Ia disusuli 1,150 isi rumah di wilayah Tochigi, sekitar 300 di Gunma dan 160 di Chiba.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita