Taufan Barry cetuskan tanah runtuh di Louisiana
Di wilayah Louisiana, Amerika Syarikat, taufan Barry yang sebelum ini membadai kawasan itu mula berubah kepada hujan lebat sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh.
LOUISIANA: Di wilayah Louisiana, Amerika Syarikat, taufan Barry yang sebelum ini membadai kawasan itu mula berubah kepada hujan lebat sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh.
Ribut itu sekarang menuju ke arah barat sekaligus mengurangkan risiko banjir besar-besaran di New Orleans.
Namun begitu, pihak berkuasa Amerika Syarikat menyatakan keadaan masih lagi berbahaya.
Selama beberapa jam, para pegawai cuaca tempatan melabelkan Taufan Barry sebagai taufan Atlantik pertama tahun ini.
Namun, kini ia ditukar kepada hujan lebat selepas kekuatan angin merosot kepada 115 kilometer sejam dan keadaan dijangka bertambah baik lewat hari ini (14 Jul).
Meskipun ancaman banjir sudah tiada lagi, beberapa harta benda terjejas dengan cuaca beberapa hari ini.
Para pegawai bomba dikerahkan untuk membantu dengan pokok-pokok yang tumbang dan beberapa litar elektrik yang terputus di sekitar New Orleans.
Pihak berkuasa menambah bahawa usaha mencari dan menyelamat akan terjejas sedang ribut itu semakin menghampiri pantai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.