Tarique Rahman angkat sumpah sebagai PM baharu Bangladesh
Tarique Rahman mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Bangladesh pada Selasa (17 Feb), dalam apa yang dianggap sebagai era baharu demokrasi dan harapan buat negara dengan 175 juta penduduk itu.
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Tarique Rahman mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Bangladesh pada Selasa (17 Feb), dalam apa yang dianggap sebagai era baharu demokrasi dan harapan buat negara dengan 175 juta penduduk itu.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Mohammed Shahabuddin di parlimen kebangsaan Jatiya Sangsad di Dhaka, dalam satu upacara yang disiarkan secara langsung.
Awal dari itu, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) memilih Encik Tarique, anak kepada mantan Perdana Menteri Begum Khaleda Zia dan mantan Presiden Ziaur Rahman, sebagai ketua parti parlimennya.
Ahli kabinet perdana menteri baharu itu juga mengangkat sumpah dalam upacara yang dihadiri oleh pemimpin dan wakil dari beberapa negara.
Encik Tarique mengetuai pasukan seramai 49 orang yang terdiri daripada 25 menteri bertaraf Kabinet dan 24 menteri negara.
BNP yang diasaskan pada 1978 oleh Ziaur Rahman, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen pada 12 Februari, dan kembali berkuasa selepas dua dekad.
Encik Tarique kembali ke Bangladesh dari Britain pada Disember tahun lalu selepas 17 tahun hidup dalam buangan.
Beliau mengambil alih kepimpinan parti secara rasmi berikutan pemergian ibunya.
Cik Khaleda Zia meninggal dunia pada 30 Disember selepas menderita sakit berpanjangan dan mengharungi perjuangan politik yang sengit menentang seteru beliau, Sheikh Hasina.
Pemerintah baharu berhadapan beberapa cabaran dalam membina semula kepercayaan awam terhadap institusi, memacu pertumbuhan ekonomi serta pekerjaan, dan mewujudkan keharmonian politik selepas lebih 15 tahun di bawah pemerintahan rejiml Liga Awami pimpinan Cik Hasina yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada Ogos 2024.
Cik Hasina yang melarikan diri ke India, bersama ramai pemimpin partinya kini menetap di luar negara.
Mereka menghadapi tuduhan serius termasuk pembunuhan dan rasuah di mahkamah Bangladesh.
Pemimpin sementara Muhammad Yunus dalam perutusan perpisahan kepada negara pada Isnin malam (16 Feb) menyifatkan peralihan kuasa kepada pemerintah yang dipilih sebagai era baharu bagi Bangladesh.
"Ia adalah permulaan perjalanan baharu bagi sistem demokrasi Bangladesh, kelahiran sebuah Bangladesh yang baharu," katanya dalam siaran itu.
Negara Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada perdana menteri baharu dan turut menyertai upacara mengangkat sumpah itu.
Presiden Maldives Mohamed Muizzu, Perdana Menteri Bhutan Tshering Tobgay, Speaker Dewan Rakyat India Om Birla, Menteri Perancangan Pakistan Ahsan Iqbal, Menteri Kesihatan dan Media Massa Sri Lanka Nalinda Jayatissa serta Menteri Luar Nepal Balananda Sharma hadir pada majlis tersebut.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.