Skip to main content

Dunia

Tariq Ramadan mengaku terlibat dalam 'permainan seks'

Ahli akademik Switzerland Tariq Ramadan, pada Isnin (22 Okt) mengaku terlibat dalam "permainan seks" dengan dua wanita di Perancis yang mendakwa dirogolnya. Bagaimanapun, seorang profesor dalam pengajian Islam itu menegaskan hubungan tersebut berlaku secara sukarela.

Anggaran Waktu Membaca:
Tariq Ramadan mengaku terlibat dalam 'permainan seks'

Gambar fail Tariq Ramadan. (Gambar: REUTERS/Stephane Mahe/File Photo)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 10:08PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 10:10PM

PARIS: Ahli akademik Switzerland Tariq Ramadan, pada Isnin (22 Okt) mengaku terlibat dalam "permainan seks" dengan dua wanita di Perancis yang mendakwa dirogolnya. Bagaimanapun, seorang profesor dalam pengajian Islam itu menegaskan hubungan tersebut berlaku secara sukarela.

Pengakuan itu adalah yang pertama dibuat profesor di Universiti Oxford itu, yang mengambil cuti setelah kes itu berlangsung selama hampir setahun.

"Beliau akhirnya dapat bercakap dengan bebas, dan beliau rasa lega," peguamnya Emmanuel Marsigny memberitahu para wartawan. Encik Ramadan adalah cucu pengasas Ikhwatul Muslimin Hassan al Banna.

Salah seorang pengadu kes, dikenali sebagai "Christelle", bersemuka dengan Ramadan selama 10 jam pada 18 September.

Wanita tersebut, seorang muallaf mengalami kecacatan akibat satu kemalangan kereta. Beliau mendakwa Encik Ramadan merogolnya pada Oktober 2009 di sebuah bilik hotel di Lyon, tenggara Perancis.

"Kini sudah setahun peguam bela Encik Ramadan bermain hela untuk membelanya. Namun hakikatnya adalah beliau berbohong sejak awal kes dengan menyangkal dakwaan beliau ada hubungan seks, dan beliau tunggu setahun untuk mengaku," Jonas Haddad, peguam bagi seorang lagi plaintiff, Henda Ayari, memberitahu Reuters.

"Adakah beliau akan tunggu lagi setahun untuk mengakui selebihnya?" kata beliau.

Peguam Encik Ramadan berkata satu siri pesanan teks dalam telefon bimbit kedua-dua wanita menunjukkan hubungan yang diadakan berlaku secara sukarela. Beliau membuat pemohonan agar Encik Ramadan dibebaskan, setelah ditahan sejak 2 Februari.

Encik Ramadan ialah bapa kepada empat orang anak.

Beliau juga berdepan dengan tuduhan ketiga, merogol seorang wanita Switerland, di Geneva.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita