Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tarikh mansuh sekatan eksport ayam M'sia belum diputuskan

Kerajaan Malaysia belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Tarikh mansuh sekatan eksport ayam M'sia belum diputuskan

(Gambar: Rashvinjeet S Bedi/CNA)

KUCHING: Kerajaan Malaysia belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sebagai sebuah industri yang besar, sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu pertimbangan semua pihak.

“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum ini… Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta kementerian berkaitan,” katanya.

Bercakap kepada para wartawan selepas membuat tinjauan di Pameran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di Kuching hari ini (6 Ogos), Encik Nanta berkata buat masa ini, bekalan ayam di peringkat domestik berada pada paras mencukupi.

“Kita difahamkan untuk ayam ada lebihan bekalan. Walaupun ada harga maksimum, kita dapati ayam dijual jauh lebih rendah daripada harga tersebut (maksimum) di banyak tempat,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Ronald Kiandee, berkata sekatan pengeksportan ayam hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara, sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Dr Ronald berkata kerajaan juga sedar peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi kesan kepada pulangan penternak.

Kerajaan turut bersetuju untuk memberi subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur berjumlah RM1.1 bilion (S$341,000) secara keseluruhannya bagi meringankan beban penternak ayam, menurut Dr Ronald. 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan