Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tarikh bubar DUN Kelantan diputuskan selepas Feb 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Tarikh bubar DUN Kelantan diputuskan selepas Feb 2023

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. (Gambar: Agensi Berita)

KOTA BHARU: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka diputuskan selepas Februari iaitu sebaik tamat musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri sedang memerhati perkembangan dan menilai suasana politik negara sementara menunggu keputusan untuk membubarkan DUN, lapor BH Online.

"Belum ada keputusan dan tak bincang apa-apa lagi, cuma kita sedang memerhati perkembangan dan menilai suasana (politik).

"Tahun depan walau macam mana sekalipun akan bubarlah, cuma bulan belum pasti. Mungkin lebih awal dari bulan lima (Mei) sebab bulan itu pun DUN terbubar dengan sendiri.

"Saya percaya, dengan perkembangan politik ketika ini, kemungkinan besar bukan hanya Kelantan, malah beberapa negeri lain juga akan bubar DUN lebih awal dari bulan Mei, itu jangkaan kita," katanya kepada para wartawan di Kompleks Tarbiah DUN Panchor di Kota Bharu pada Sabtu (10 Dis).

Encik Mohd Amar berkata pembubaran DUN tidak boleh dijalankan dalam masa terdekat kerana musim tengkujuh masih belum berakhir dan mengikut pengalaman di negeri itu, tempoh banjir berlanjutan sehingga Februari, seperti dinukil BH Online.

Katanya lagi, faktor perantau yang baru kembali ke negeri luar selepas pulang mengundi, baru-baru ini juga perlu diambil kira kerana ia membabitkan kos dan membebankan mereka.

Ditanya mengenai calon, Encik Mohd Amar berkata PAS akan menampilkan 30 peratus muka baru seperti kelaziman yang berlaku setiap kali pilihan raya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan