Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS tarik balik sekatan Trump ke atas pendakwa raya ICC

AS tarik balik sekatan Trump ke atas pendakwa raya ICC.

Anggaran Waktu Membaca:
AS tarik balik sekatan Trump ke atas pendakwa raya ICC

Pendakwa Raya Fatou Bensouda. (Gambar: Bas Czerwinski/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 03 Apr 2021 07:47AM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 07:48AM

WASHNGTON: Amerika Syarikat menyatakan pada Jumaat (2 Apr) bahawa ia akan menarik balik sekatan-sekatan yang dilaksanakan oleh mantan presiden Donald Trump ke atas pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan menyeru hubungan yang lebih bekerjasama.

Mantan Setiausaha Negara Mike Pompeo tahun lalu mengenakan sekatan-sekatan dan menolak visa bagi pendakwa raya, Fatou Bensouda, setelah beliau memulakan sekatan ke atas jenayah perang oleh tentera Amerika di Afghanistan.

Mahkamah di The Hague itu terus mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat dengan membuka siasatan ke atas jenayah-jenayah perang di wilayah-wilayah Palestin oleh Israel, iaitu sekutu Amerika yang menolak kuasa mahkamah tersebut.

Pengganti Encik Pompeo, Antony Blinken, berkata Amerika Sayrikat masih "sangat tidak bersetuju" dengan langkah-langkah itu.

"Kami bagaimanapun percaya, bahawa keprihatinan tentang kes-kes itu lebih baik ditangani menerusi pendampingan dengan semua pihak berkepentingan menerusi proses ICC berbanding menerusi pelaksanaan sekatan-sekatan," menurut Encik Blinken menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau berkata kedua-dua sekatan dan larangan visa ke atas Cik Bensouda dan kakitangannya sudah ditarik balik.

Pendakwa raya asal Gambia itu akan melepaskan jawatannya pada Jun dan akan digantikan dengan penguam hak asasi manusia Karim Khan, yang kini boleh memulakan tugasnya tanpa dibelenggu sebarang sekatan.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan