Tarif Amerika ke atas sesetengah negara akan dinaikkan kepada 15% atau lebih tinggi
Kadar tarif Amerika Syarikat bagi sesetengah negara akan dinaikkan kepada 15 peratus atau lebih tinggi daripada 10 peratus yang baru dikenakan, kata Wakil Perdagangan negara itu, Jamieson Greer pada Rabu (25 Feb), tanpa menamakan mana-mana rakan dagang tertentu atau memberikan butiran lanjut.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Kadar tarif Amerika Syarikat bagi sesetengah negara akan dinaikkan kepada 15 peratus atau lebih tinggi daripada 10 peratus yang baru dikenakan, kata Wakil Perdagangan negara itu, Jamieson Greer pada Rabu (25 Feb), tanpa menamakan mana-mana rakan dagang tertentu atau memberikan butiran lanjut.
Encik Greer memberitahu program "Mornings with Maria" terbitan Fox Business Network bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump tidak berhasrat untuk menaikkan tarif ke atas barangan China melebihi paras semasa, memandangkan Presiden Trump merancang untuk melawat China dalam masa beberapa minggu akan datang.
"Buat masa ini, kita melaksanakan tarif 10 peratus. Ia akan dinaikkan sehingga 15 (peratus) untuk sesetengah negara dan kemudian ia mungkin akan dinaikkan lebih tinggi bagi negara lain, dan saya fikir ia akan selaras dengan jenis tarif yang telah kita lihat," kata Encik Greer.
Bercakap kemudian di Bloomberg TV, Encik Greer berkata Rumah Putih sedang menyiapkan pengisytiharan untuk menaikkan tarif sementara kepada 15 peratus "jika sesuai". Beliau menambah bahawa ia akan "menampung" negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Beliau berkata bahawa pentadbiran Presiden Trump ingin memastikan ia meneruskan proses perundangan yang betul untuk kenaikan itu, sambil menambah, "Setiap kali kita mengenakan tarif, kita akan mempunyai kepentingan asing yang ingin menurunkannya. Jadi ada pihak yang akan menyaman kita."
TARIF BAHARU SESUAI DENGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN SEDIA ADA
Encik Greer memberitahu Fox Business bahawa rancangan Pentadbiran Presiden Trump untuk menggantikan tarif kecemasan yang dibatalkan oleh Mahkamah Agung dengan duti baharu, termasuk tarif sementara di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974, yang berkuat kuasa pada Selasa (24 Feb) pada kadar 10 peratus, adalah sepadan dengan perjanjian perdagangan sedia ada.
Beliau berkata siasatan terhadap amalan perdagangan yang tidak adil di bawah Seksyen 301 undang-undang yang sama akan menjadi tumpuan utama usaha menggantikannya, menyasarkan negara-negara yang membina kapasiti perindustrian berlebihan, menggunakan buruh paksa dalam rantaian bekalan, mendiskriminasi firma teknologi Amerika Syarikat, atau memberi subsidi beras, makanan laut dan barangan lain.
Encik Greer berkata bahawa beliau dan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent telah berulang kali membangkitkan isu kapasiti perindustrian berlebihan dengan para pegawai China, sambil menambah bahawa firma-firma China yang tidak menguntungkan dibenarkan untuk terus beroperasi dan terus mengeluarkan penghasilan dengan sokongan pemerintah.
"Saya tidak fikir mereka akan menyelesaikan masalah itu sepenuhnya, dan itulah sebahagian daripada sebab kita perlu mengenakan tarif ke atas China dan Vietnam serta negara-negara lain yang mempunyai masalah ini," katanya lagi.
Ditanya sama ada Pentadbiran Presiden Trump sanggup mengenakan tarif baharu yang tinggi ke atas barangan China yang boleh menjejas perdagangan dua hala, Encik Greer berkata: "Kami tidak berhasrat untuk meningkatkan melebihi" kadar yang sedang dikuatkuasakan. "Kami berhasrat untuk benar-benar berpegang kepada perjanjian yang kami ada dengan mereka."

Sumber : Reuters/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.