Skip to main content

Dunia

Tapak simpanan minyak Jepun diarah siap sedia keluarkan minyak mentah

Anggaran Waktu Membaca:
Tapak simpanan minyak Jepun diarah siap sedia keluarkan minyak mentah
Tangki simpanan minyak Jepun. (Gambar: Reuters) 
Diterbitkan : 08 Mar 2026 08:15PM Dikemas Kini : 08 Mar 2026 08:17PM
  • Kerajaan Jepun mengarahkan tapak simpanan minyak negara bersiap sedia untuk mengeluarkan minyak mentah selepas krisis Iran memutuskan bekalan dari Timur Tengah.
  • Akira Nagatsuma melaporkan arahan diterima oleh JOGMEC di pangkalan Shibushi, namun masa pelepasan minyak masih tidak jelas.
  • Jepun bergantung kepada Timur Tengah untuk 95 peratus bekalan minyak mentah, dengan 70 peratus dihantar melalui Selat Hormuz yang kini ditutup.
  • Tokyo kali terakhir mengeluarkan minyak dari rizab pada 2022, dan pegawai ANRE serta pangkalan Shibushi enggan memberi komen lanjut mengenai arahan terbaru.
Dijana oleh AI
TOKYO: Seorang anggota parlimen kanan Jepun berkata pada Ahad (8 Mac) bahawa kerajaan Jepun mengarahkan tapak simpanan rizab minyak negara itu supaya bersiap sedia untuk mengeluarkan minyak mentah, setelah krisis Iran memotong bekalan minyak itu dari Timur Tengah.

Jepun bergantung kepada Timur Tengah untuk sekitar 95 peratus bekalan minyak mentahnya.

Kira-kira 70 peratus daripada bekalan itu dihantar melalui Selat Hormuz, yang sudah pun ditutup menyusuli serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Akira Nagatsuma, seorang anggota parti pembangkang Perikatan Pembaharuan Sederhana, memberitahu Reuters bahawa seorang pegawai dari Pertubuhan Keselamatan Logam dan Tenaga Jepun (JOGMEC) di pangkalan simpanan minyak negara Shibushi berkata ia menerima arahan tersebut dari Agensi Sumber Asli dan Tenaga (ANRE) pada Jumaat.

Butiran seperti masa pelepasannya masih tidak jelas, kata Encik Nagatsuma.

Ia juga tidak segera jelas jika pangkalan simpanan yang lain menerima arahan yang sama.

Seorang pegawai di ANRE, di bawah Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) enggan memberikan komen.

Pangkalan di Shibushi juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, manakala JOGMEC tidak dapat dihubungi di luar waktu pejabat.

Tapak simpanan rizab minyak negara Shibushi di selatan Jepun merupakan salah satu lokasi di mana rizab minyak strategik negara itu disimpan.

Jepun menyimpan rizab minyak kecemasan bersamaan dengan 254 hari penggunaan domestik - antara yang terbesar di dunia - termasuk stok simpanan milik kerajaan, inventori sektor swasta, dan rizab bersama dengan negara pengeluar minyak.

Tokyo kali terakhir mengeluarkan minyak daripada rizabnya pada 2022 sebagai sebahagian daripada pelepasan terkoordinasi yang diketuai Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Sumber : Reuters/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita