Skip to main content

Dunia

Tapak roket Korea Utara kelihatan 'sedia beroperasi' lagi

Sebuah tapak pelancaran roket jarak jauh Korea Utara kelihatan sudah menyambung semula "status operasi secara biasa," menurut para pakar Amerika Syarikat pada Khamis (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tapak roket Korea Utara kelihatan 'sedia beroperasi' lagi

Gambar fail menunjukkan Sohae, Stesen Pelancaran Satelit. (Gambar: Ho/AFP)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 09:00AM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 09:05AM

WASHINGTON: Sebuah tapak pelancaran roket jarak jauh Korea Utara kelihatan sudah menyambung semula "status operasi secara biasa," menurut para pakar Amerika Syarikat pada Khamis (7 Mac). Mereka menyifatkannya sebagai "satu penghinaan"' terhadap strategi Presiden Donald Trump meneruskan penglibatan diplomatik dengan Pyongyang.

Laman khas 38 North dan Pusat bagi Pengajian Strategik dan Antarabangsa menggunakan gambar-gambar satelit komersil untuk mengesan pembinaan di tapak tersebut yang menurut mereka dimulakan sebelum sidang puncak yang disingkatkan di Hanoi antara Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Gambar-gambar yang diambil pada 6 Mac menunjukkan struktur untuk memindahkan roket-roket ke tapak pelancaran kelihatan sudah siap dan "mungkin sedia beroperasi sekarang."

"Berdasarkan pembinaan, termasuk kegiatan di kawasan-kawasan lain di tapak itu, Sohae (Stesen Pelancaran Satelit) kelihatan sudah kembali beroperasi seperti biasa," menurut laporan 38 North.

Pyongyang menggunakan tapak itu pada 2012 dan 2016 untuk melancarkan satelit.

Para pakar dari barat percaya bahawa pelancaran satelit itu menggambarkan pembangunan peluru berpandu jarak jauh Korea Utara yang mampu dilancarkan terhadap Amerika Syarikat.

Pengarah CIA Gina Haspel berkata pada lewat Januari bahawa Korea Utara kekal komited untuk membangunkan peluru berpandu jarak jauh meskipun setelah mengadakan perbincangan mengenai pelucutan senjata nuklear dengan Amerika Syarikat.

Apabila ditanya pada Rabu berkenaan kegiatan baru di tapak tersebut, Encik Trump berkata "terlalu awal" untuk membuat kesimpulan bahawa laporan-laporan itu benar. Bagaimanapun jika betul, beliau akan "amat kecewa terhadap Pengerusi Kim."

Encik Trump dan Encik Kim menamatkan sidang puncak secara mendadak di Hanoi pada 28 Feb tanpa mencapai sebarang perjanjian mahupun kenyataan bersama.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita